Thursday 25 October 2012

《说说唱唱》《唐诗之鹅鹅鹅》 望庐山瀑布(朗读)Sajak Tahun 2 mengenai keindahan Air Terjun Lu Shan



Video di atas menayangkan salah satu jenis sastera yang diwarisi dari satu zaman ke zaman yang lain. Kebanyakannya hasil daripada kehidupan manusia dan nilai-nilai kemanusiaan yang diamalkan. Peranan sastera ini amat penting kerana ia digunakan untuk memuji kehebatan seseorang tokoh, memberi ajaran kepada kita ataupun menyampaikan maklumat masa lampau yang kita tidak pernah alami.

Malangnya, generasi muda pada zaman globalisasi ini tidak memberi perhatian atau menaruh minat terhadap warisan sastera ini. Tumpuan mereka hanya terletak pada skrin komputer atau telefon bimbit. Kata-kata yang mereka gunakan biasanya bahasa rojak atau singkatan. Oleh itu, untuk mengelakkan warisan ini lenyap, pembacaan dan penghayatan sajak telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran KSSR. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menghayati keindahan bahasa di samping menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak muda kita. Selain daripada mendeklamasikan sajak, murid-murid di bawah dasar KSSR juga dikehendaki menulis sajak mulai Tahun 3.

Wednesday 17 October 2012

Bilik darjah yang kondusif

Pada pendapat saya, salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah iklim bilik darjah. Suasana fizikal sesebuah bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Suasana fizikal ini termasuklah penyusunan meja dan kerusi, perhiasan bilik darjah dan ruang yang mencukupi. Meja dan kerusi yang tersusun rapi membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih lancar. Ini juga memudahkan pergerakan murid semasa menjalankan permainan. Perhiasan bilik darjah juga tidak boleh diabaikan. Gambar-gambar yang menarik di papan kenyataan akan menarik minat mereka untuk membaca maklumat yang ada padanya. Murid-murid juga akan berasa selesa jika ruangan di bilik darjah cukup besar. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan "kawan" atau "musuh" dalam pengajaran. Justeru, pengurusan bilik darjah memang tidak boleh dipandang rendah memandangkan pengaruhnya yang begitu kuat terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran.