Wednesday 17 October 2012

Bilik darjah yang kondusif

Pada pendapat saya, salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah iklim bilik darjah. Suasana fizikal sesebuah bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Suasana fizikal ini termasuklah penyusunan meja dan kerusi, perhiasan bilik darjah dan ruang yang mencukupi. Meja dan kerusi yang tersusun rapi membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih lancar. Ini juga memudahkan pergerakan murid semasa menjalankan permainan. Perhiasan bilik darjah juga tidak boleh diabaikan. Gambar-gambar yang menarik di papan kenyataan akan menarik minat mereka untuk membaca maklumat yang ada padanya. Murid-murid juga akan berasa selesa jika ruangan di bilik darjah cukup besar. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan "kawan" atau "musuh" dalam pengajaran. Justeru, pengurusan bilik darjah memang tidak boleh dipandang rendah memandangkan pengaruhnya yang begitu kuat terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

2 comments:

  1. Bilik darjah boleh dihiasi dengan karton-karton yang disukai dan bunga-bungaan. Saya amat setuju dengan pendapat Hui Yee, suasana bilik darjah yang ceria mendorong murid-murid membaca artikel yang ditampal di papan notis.

    ReplyDelete
  2. Bilik darjah yang kondusif memang dapat manarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh.Untuk membina sebuah bilik darjah yang kondusif bukan sahaja usaha daripada guru darjah dan guru mata pelajaran, tetapi juga memerlukan bantuan dan kerjasama daripada murid-murid. Misalnya, menyediakan sebuah papan kenyataan untuk dihiaskan atau diuruskan oleh murid-murid daripada kelas tersebut. Dengan demikian mereka dapat mempelajari bagaimana mencantikkan kelas mereka sementara itu mereka lebih menghargai kelas mereka.

    ReplyDelete