Thursday, 25 October 2012

《说说唱唱》《唐诗之鹅鹅鹅》 望庐山瀑布(朗读)Sajak Tahun 2 mengenai keindahan Air Terjun Lu Shan



Video di atas menayangkan salah satu jenis sastera yang diwarisi dari satu zaman ke zaman yang lain. Kebanyakannya hasil daripada kehidupan manusia dan nilai-nilai kemanusiaan yang diamalkan. Peranan sastera ini amat penting kerana ia digunakan untuk memuji kehebatan seseorang tokoh, memberi ajaran kepada kita ataupun menyampaikan maklumat masa lampau yang kita tidak pernah alami.

Malangnya, generasi muda pada zaman globalisasi ini tidak memberi perhatian atau menaruh minat terhadap warisan sastera ini. Tumpuan mereka hanya terletak pada skrin komputer atau telefon bimbit. Kata-kata yang mereka gunakan biasanya bahasa rojak atau singkatan. Oleh itu, untuk mengelakkan warisan ini lenyap, pembacaan dan penghayatan sajak telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran KSSR. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menghayati keindahan bahasa di samping menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak muda kita. Selain daripada mendeklamasikan sajak, murid-murid di bawah dasar KSSR juga dikehendaki menulis sajak mulai Tahun 3.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Video ini sangat berguna bagi saya. Pada masa lama, saya mengajar sajak melalui buku. Anak bersa bosan. Sekarang, mereka akan automatik membuka video dan belajar sendiri. Mereka berasa seronok menontonnya.

    ReplyDelete
  3. i find this video is interesting.

    ReplyDelete