Thursday 8 November 2012

Mid-Autumn Festival

Dalam Unit 22 bagi Tahun 2, terdapat 2 topik yang berkaitan dengan perayaan kaum Cina dan kaum Melayu. Mid-Autumn Festival ialah salah satu perayaan yang ada dalam unit ini. Tujuan pengajaran topik ini bukan sahaja menerangkan cara meraikan perayaan, tetapi juga mengingatkan anak-anak muda kita pentingnya nilai kekeluargaan dan kebudayaan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Oleh itu, sekolah kami juga mengadakan sambutan perayaan ini pada dua hari sebelum Mid-Autumn Festival. Aktiviti ini telah dijalankan dengan berjaya atas penglibatan ibu bapa dan murid-murid yang aktif. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
  • makan kuih bulan
  • menyelesaikan teka-teki tanglung
  • berjalan mengelilingi kawasan sekolah dengan tanglung yang bernyala
  • pertandingan mewarna
Tujuan sekolah kami mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid. Selain itu, kami juga berharap agar murid-murid dapat mengekalkan kebudayaan ini ketika membesar kelak.


Teka-teki tanglung











                                                                                                       Pertandingan mewarna

1 comment:

  1. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakatnya. Terdiri daripada 3 kelompok etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India, Malaysia sering sahaja dihiasi dengan sambutan perayaan masyarakatnya. Salah satu daripada perayaan yang disambut oleh etnik Cina di Malaysia selain Tahun Baru Cina ialah Perayaan Kuih Bulan atau lebih dikenali sebagai Festival Pertengahan Musim Luruh (zhόng qíu中秋) disambut pada setiap 15 hari bulan lapan dalam kalendar lunar. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Di Malaysia, perayaan ini turut dikenali sebagai Pesta Tanglung. Pada hari ini, pesta ini diraikan dengan santapan kuih bulan dan perarakan tanglung. Walaupun terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza tentang asal-usul Pesta Kuih Bulan, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara penting dalam perayaan ini. Kuih bulan yang berbentuk bulat turut dikenali sebagai “kek penyatuan”, menjadi simbol bersatu-padu. Sungguhpun zaman sudah berbeza, tetapi Perayaan Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi kaum Cina untuk mengutarakan perasaan akrab antara anggota keluarga dan anak saudara serta berdoa memohon restu dan nasib baik. Maka, perayaan tradisional sebegini haruslah diwarisi turun-temurun bagi generasi kita.

    ReplyDelete