Menurut Terry & Higgs (1993), penaakulan merupakan proses kognitif sebab munasabah terjadinya sesuatu berdasarkan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk menghasilkan kesimpulan serta membuat keputusan. Kemahiran menaakul ini ialah salah satu soft skill yang perlu disalurkan kepada murid-murid di bawah dasar KSSR. Melalui situasi atau masalah yang dimasukkan ke dalam buku teks dan buku aktiviti Bahasa Cina, murid-murid berpeluang untuk meluahkan pendapat masing-masing dalam penyelesaian masalah. Ini adalah penting kerana ilmu yang diperoleh daripada buku hanyalah teori, malah murid-murid sendiri perlu sentiasa peka akan perubahan yang berlaku di persekitaran serta berfikir dengan lebih mendalam supaya masalah dapat dibendung dengan lebih berkesan.
Contoh :
1. Apakah yang berlaku pada gambar 1 ?
2. Adakah cara penggunaan elektrik pada gambar 2 betul ? Mengapa ?
3. Apakah yang berlaku pada gambar 3 ?
4. Apakah mesej yang hendak disampaikan melalui ketiga-tiga gambar ini ?
5. Nyatakan cara-cara untuk mencegah kebakaran.
1. Nyatakan cara-cara membeli buku berdasarkan gambar-gambar di atas.
2. Jika anda ingin membeli buku, apakah cara yang akan anda gunakan ?
3. Berikan sebab-sebab anda memilih cara tersebut.
BAHASA CINA KSSR
Tuesday, 20 November 2012
Saturday, 17 November 2012
Monday, 12 November 2012
Aspek penulisan KSSR Bahasa Cina agak berlainan dengan penulisan dasar KBSR. Di bawah KBSR, kemahiran membina ayat berdasarkan perbendaharaan kata dari petikan yang diajar dititikberatkan. Pada tahap 2 pula, murid mula belajar menulis karangan berpandukan gambar atau dengan tajuk-tajuk yang diberikan. Hasilnya, kebanyakan murid mula menghafal karangan kerana guru-guru di sekolah atau guru di pusat tiusyen membantu mereka membuat ramalan. Akibatnya, murid-murid berasa bosan dan menghadapi tekanan kerana terdapat banyak jenis karangan yang perlu dihafal. Murid-murid juga menjadi pasif dan kurang kreatif kerana karangan yang dihasilkan bukan hasil sendiri.
Tetapi, dengan transformasi pendidikan kali ini, murid-murid berpeluang untuk meluahkan pendapat masing-masing melalui ayat-ayat atau karangan mereka. Bidang penulisan KSSR mementingkan pandangan murid sendiri. Apabila tajuk atau gambar diberikan, mereka dikehendaki memberi pendapat melalui lisan sebelum menulis. Ini adalah untuk melatih kemahiran bertutur dan menulis murid. Cara ini juga dapat membina pemikiran murid yang kreatif kerana guru tidak mengenakan sebarang sekatan malah memberikan kebebasan untuk bercakap. Selain itu, topik-topik yang digunakan biasanya berkaitan dengan pengalaman sedia ada murid. Lama-kelamaan, anak-anak murid ini akan lebih berkeyakinan semasa bercakap dengan orang ramai, berfikiran kreatif serta mahir dalam menulis ayat-ayat yang gramatis.
Contoh latihan :
1. Apakah yang sedang berlaku ?
2. Di manakah perhimpunan diadakan ?
3. Siapakah yang berada di tapak perhimpunan ?
4. Adakah anda suka akan perhimpunan ? Mengapa ?
Murid-murid akan menjawab soalan-soalan dahulu. Guru akan cuba membetulkan jawapan murid yang kurang betul atau membimbing murid-murid untuk memberikan jawapan. Kemudian, guru akan membimbing murid-murid untuk menulis ayat-ayat atau perenggan. Kosa kata yang tidak tahu boleh digantikan dengan simbol atau gambar. Guru perlu menanda latihan murid dengan longgar supaya tidak menjejaskan keyakinan murid dalam meluahkan pandangan mereka. Guru tidak menyekat daya pemikiran murid dan bersedia untuk menerima apa saja pendapat yang diberikan oleh murid kerana murid-murid akan selalu mengeluarkan idea-idea di luar imaginasi kita. Inilah salah satu matlamat transformasi pendidikan daripada KBSR kepada KSSR.

Thursday, 8 November 2012
Mid-Autumn Festival
Dalam Unit 22 bagi Tahun 2, terdapat 2 topik yang berkaitan dengan perayaan kaum Cina dan kaum Melayu. Mid-Autumn Festival ialah salah satu perayaan yang ada dalam unit ini. Tujuan pengajaran topik ini bukan sahaja menerangkan cara meraikan perayaan, tetapi juga mengingatkan anak-anak muda kita pentingnya nilai kekeluargaan dan kebudayaan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun. Oleh itu, sekolah kami juga mengadakan sambutan perayaan ini pada dua hari sebelum Mid-Autumn Festival. Aktiviti ini telah dijalankan dengan berjaya atas penglibatan ibu bapa dan murid-murid yang aktif. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
Teka-teki tanglung
Pertandingan mewarna
- makan kuih bulan
- menyelesaikan teka-teki tanglung
- berjalan mengelilingi kawasan sekolah dengan tanglung yang bernyala
- pertandingan mewarna
Teka-teki tanglung
Pertandingan mewarna
Saturday, 3 November 2012
Penggubalan Bahasa Cina
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mula dilaksanakan sejak tahun 2011. Di bawah dasar ini, setiap mata pelajaran juga mengalami perubahan yang besar. Menurut Standard prestasi Bahasa Cina, diharapkan agar murid dapat mencapai matlamat-matlamat yang berikut:
- Dapat berkomunikasi dengan orang dalam kehidupan harian. Murid dapat meluahkan pendapat masing-masing dengan bersopan-santun dalam penyelesaian masalah.
- Dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika berkomunikasi dengan orang lain dan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan situasi tertentu.
- Mengenali 2500 kosa kata serta menguasai kemahiran menulis.
- Dapat memupuk tabiat membaca yang baik.
- Dapat menguasai kemahiran menulis dalam pelbagai bidang.
- Melahirkan golongan yang peka akan perkembangan Bahasa Cina dan cinta akan bahasa ini.
- Melahirkan golongan yang mempunyai semangat patriotisme.
- Modul Pembacaan yang mengambil masa 150 minit seminggu di mana murid akan belajar mengenai teknik membaca yang betul serta cara menghayati pelbagai karya sastera yang dipetik dari Malaysia, Taiwan dan China.
- Modul Pendengaran dan Pertuturan yang mengambil masa 90 minit seminggu yang bertujuan untuk memupuk tabiat mendengar dan bertutur murid yang baik.
- Modul Penulisan yang mengambil masa 60 minit seminggu. Modul ini menitikberatkan penulisan perbendaharaan kata serta penulisan ayat, perenggan sehingga karangan.
- Modul Permainan yang mengambil masa 30 minit seminggu di mana murid dapat menghayati keindahan bahasa melalui sastera, puisi, sajak dan teka-teki.
- Modul Tatabahasa yang juga mengambil masa 30 minit seminggu di mana murid akan didedahkan dengan laras tatabahasa supaya dapat memantapkan kemahiran penulisan murid.
Thursday, 25 October 2012
《说说唱唱》《唐诗之鹅鹅鹅》 望庐山瀑布(朗读)Sajak Tahun 2 mengenai keindahan Air Terjun Lu Shan
Video di atas menayangkan salah satu jenis sastera yang diwarisi dari satu zaman ke zaman yang lain. Kebanyakannya hasil daripada kehidupan manusia dan nilai-nilai kemanusiaan yang diamalkan. Peranan sastera ini amat penting kerana ia digunakan untuk memuji kehebatan seseorang tokoh, memberi ajaran kepada kita ataupun menyampaikan maklumat masa lampau yang kita tidak pernah alami.
Malangnya, generasi muda pada zaman globalisasi ini tidak memberi perhatian atau menaruh minat terhadap warisan sastera ini. Tumpuan mereka hanya terletak pada skrin komputer atau telefon bimbit. Kata-kata yang mereka gunakan biasanya bahasa rojak atau singkatan. Oleh itu, untuk mengelakkan warisan ini lenyap, pembacaan dan penghayatan sajak telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran KSSR. Ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk menghayati keindahan bahasa di samping menyemai nilai-nilai murni ke dalam jiwa anak-anak muda kita. Selain daripada mendeklamasikan sajak, murid-murid di bawah dasar KSSR juga dikehendaki menulis sajak mulai Tahun 3.
Wednesday, 17 October 2012
Bilik darjah yang kondusif
Pada pendapat saya, salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah iklim bilik darjah. Suasana fizikal sesebuah bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Suasana fizikal ini termasuklah penyusunan meja dan kerusi, perhiasan bilik darjah dan ruang yang mencukupi. Meja dan kerusi yang tersusun rapi membolehkan guru dan murid berinteraksi dengan lebih lancar. Ini juga memudahkan pergerakan murid semasa menjalankan permainan. Perhiasan bilik darjah juga tidak boleh diabaikan. Gambar-gambar yang menarik di papan kenyataan akan menarik minat mereka untuk membaca maklumat yang ada padanya. Murid-murid juga akan berasa selesa jika ruangan di bilik darjah cukup besar. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan "kawan" atau "musuh" dalam pengajaran. Justeru, pengurusan bilik darjah memang tidak boleh dipandang rendah memandangkan pengaruhnya yang begitu kuat terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)